2008-01-21

Garisan



Kain ‘Tapa’ dari Polinesia di kepulauan Tonga di atas diperbuat daripada kulit kayu mulberry yang diketuk sehingga nipis dan lembut seperti kertas atau kain untuk kegunaan ritual. Kain kulit kayu dihasilkan secara meluas di kepulauan Pasifik Selatan Polynesia dan Melanesia.
Penduduk Tonga, Tahiti, Fiji, dan Samoa telah menghasilkan kain kulit kayu untuk pelbagai kegunaan dan upacara adat istiadat mereka. Kain tersebut telah memainkan peranan penting dalam upacara keramaian, perkawinan, dan pengebumian. Dekorasinya memperlihatkan corak-corak geometri dan ikan-ikan. Di negara kita kaum Murut di Sabah dan kaum Iban di Sarawak juga menghasilkan kain kulit kayu yang dihias di atas permukaannya dengan motif-motif geometri atau fauna dan juga digunakan sebagai pakaian dalam upacara-upacara kebudayaan.
Cuba perhatikan pelbagai garisan yang dijalinkan secara berulang-ulang sehingga menghasilkan corak dan bentuk yang cantik dan unik. Pada pendapatA anda mengapakah seseorang seniman mengulangi elemen-elemen tertentu dalam karya mereka?



Kathe Kollwitz (German)1867-1945, Self-Portrait, Woodcut proof, 1923,
5 7/8 z 6 3/4 in.,

Perhatikan potret diri pelukis Jerman di atas iaitu Kathe Kollwitz. Untuk mempelajari dan memahami seni visual yang dihasilkan olehnya, anda harus mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang kehidupannya. Beliau melalui liku-liku kehidupannya dalam peperangan dunia yang pertama. Berkahwin dengan seorang doktor, kehilangan seorang anak lelaki dalam peperangan tersebut. Kemudian pada peperangan dunia kedua berikutnya pula, kehilangan cucu lelakinya. Beliau telah menyaksikan pahit getir dan penderitaan ibu-ibu dan kanak-kanak yang terbunuh dalam kedua-dua peperangan tersebut.
Amati sekali lagi. Apah yang anda dapat selami dari wajah potret tersebut? Perhatikan garisan yang dieksploitasi untuk menghasilkan jalinan cetakan tersebut. Arah garisan tertumpu pada kontour wajahnya. Apakah kesan garisan-garisan itu secara keseluruhannya terhadap karya ini?

2008-01-20

Elemen Seni Visual

Unsur-Unsur Seni

Garisan
Jalinan
Rupa
Bentuk
Ruang
Warna

Garisan
Garisan adalah salah satu elemen seni reka. Ia adalah kesan titik-titik yang berlanjutan dan bertindak sebagai titik yang bergerak, dihasilkan menggunakan alat atau media seni lukis. Garisan terdapat dimana-mana sahaja samada yang terhasil secara semulajadi atau dihasilkan oleh manusia. Garisan mempunyai pelbagai jenis sifat dan identiti yang tersendiri serta memberi pengertian yang berbeza-beza. Jenis-jenis garisan ini juga merujuk kepada sifat-sifat fizikal sesuatu garisan itu seperti kasar, halus, panjang, pendek, lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, putus dan sebagainya. Garisan juga mampu menyatakan sesuatu idea atau perasaan. Ia boleh bersifat statik atau aktif. Garisan menjelaskan secara visual sesuatu objek.Aplikasi pelbagai jenis garisan yang bersesuaian dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak serta menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.


Ben Shahn (Lithuanian) 1889-1968, Supermarket, serigraph in black,1957, 25 1/4 x 38 3/4"

Perhatikan lukisan di atas. Apakah peranan garisan dalam gambaran tersebut?

Perhatikan tajuk lukisan ini. Ben Shahn melukis dan mengolah pelbagai arah garisan secara menegak dan melintang sehingga menghasilkan satu gambaran yang biasa kita lihat. Garisan digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan objek yang sering terdapat di pasar raya iaitu troli.
;

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails