2008-01-21

Garisan



Kain ‘Tapa’ dari Polinesia di kepulauan Tonga di atas diperbuat daripada kulit kayu mulberry yang diketuk sehingga nipis dan lembut seperti kertas atau kain untuk kegunaan ritual. Kain kulit kayu dihasilkan secara meluas di kepulauan Pasifik Selatan Polynesia dan Melanesia.
Penduduk Tonga, Tahiti, Fiji, dan Samoa telah menghasilkan kain kulit kayu untuk pelbagai kegunaan dan upacara adat istiadat mereka. Kain tersebut telah memainkan peranan penting dalam upacara keramaian, perkawinan, dan pengebumian. Dekorasinya memperlihatkan corak-corak geometri dan ikan-ikan. Di negara kita kaum Murut di Sabah dan kaum Iban di Sarawak juga menghasilkan kain kulit kayu yang dihias di atas permukaannya dengan motif-motif geometri atau fauna dan juga digunakan sebagai pakaian dalam upacara-upacara kebudayaan.
Cuba perhatikan pelbagai garisan yang dijalinkan secara berulang-ulang sehingga menghasilkan corak dan bentuk yang cantik dan unik. Pada pendapatA anda mengapakah seseorang seniman mengulangi elemen-elemen tertentu dalam karya mereka?



Kathe Kollwitz (German)1867-1945, Self-Portrait, Woodcut proof, 1923,
5 7/8 z 6 3/4 in.,

Perhatikan potret diri pelukis Jerman di atas iaitu Kathe Kollwitz. Untuk mempelajari dan memahami seni visual yang dihasilkan olehnya, anda harus mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang kehidupannya. Beliau melalui liku-liku kehidupannya dalam peperangan dunia yang pertama. Berkahwin dengan seorang doktor, kehilangan seorang anak lelaki dalam peperangan tersebut. Kemudian pada peperangan dunia kedua berikutnya pula, kehilangan cucu lelakinya. Beliau telah menyaksikan pahit getir dan penderitaan ibu-ibu dan kanak-kanak yang terbunuh dalam kedua-dua peperangan tersebut.
Amati sekali lagi. Apah yang anda dapat selami dari wajah potret tersebut? Perhatikan garisan yang dieksploitasi untuk menghasilkan jalinan cetakan tersebut. Arah garisan tertumpu pada kontour wajahnya. Apakah kesan garisan-garisan itu secara keseluruhannya terhadap karya ini?

1 comment:

Anonymous said...

zi,
aku tau............
haaaa lapas GARISAN ni...
mesti kau akan buat pulak...emmm
emmm........
JALINAN kan?...ok.aku tunggu
......sampai. semua siap!
TQ.

;

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails