2008-04-16

OBJEKTIF PENILAIAN KRSV

Objektif penilaian kerja kursus Kajian Rekaan Seni Visual adalah untuk menilai kebolehan pelajar:
1. mengembangkan bakat dan potensi sedia ada secara berterusan
2. meneroka idea baru dengan kajian penyelidikan secara terperinci
3. memahami proses penghasilan sesuatu produk
4. mengenali dan memahami kaedah penghasilan yang berkaitan dengan bahan, media dan teknik
5. mengaplikasi pengetahuan, kemahiran, psikomotor dan afektif secara berterusan
6. mengetahui sifat dan fungsi unsur-unsur seni serta prinsip rekaan bagi membolehkan pelajar
berkomunikasi melalui hasilan seni visual
7. menghasilkan produk berkualiti sejajar keperluan dalam industri reka cipta untuk dijadikan asas pembentukan kerjaya
8. memahami ciri dan keistimewaan produk kraf dan reka cipta dalam konteks perkembangan budaya kebangsaan
9. mengamalkan nilai murni dan penghargaan

MATLAMAT KRSV

Pelaksanaan Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual bertujuan memenuhi matlamat Pendidikan Seni Visual yang menumpukan kepada nilai keperibadian, kritis dan kreatif, celik budaya, berpengetahuan secara imaginatif, berkemahiran secara kolektif serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Pelaksanaan kerja kursus ini memberi pengalaman kepada calon untuk membuat kajian dan penerokaan kepada penemuan-penemuan baru dengan mengutarakan idea-idea kreatif dan relevan dengan keperluan persekitaran. Calon dibimbing oleh guru untuk mencari, menganalisa, mengolah serta mencerakinkan minda bagi menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti.

Pengalaman melaksanakan kerja kursus ini dapat melahirkan generasi yang peka dan sensitif serta berfikiran kreatif terhadap persekitaran dan keperluan-keperluan semasa, celik seni, berminat dan berfikiran terbuka. Mengamalkan sikap prihatin dan menghargai setiap kejadian dengan nilai-nilai yang tinggi.

2008-04-14

KOLEKSI GAMBAR BUNGA










KOLEKSI GAMBAR SUNGAI



CONTOH LAKARAN LANSKAP


Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat merekodkan nama dan jenis tumbuhan yang anda lakar serta rujukannya agar kajian anda menjadi lebih praktikal dan realistik.

CONTOH LAKARAN PELAN LANSKAP


Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
i. maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang dipilih sebagai panduan dan sumber idea
ii. lakaran-lakaran dari sumber idea ke arah penghasilan produk
iii. catatan dan penerangan ringkas berhubung kajian dan lakaran yang dihasilkan
iv. kajian-kajian yang berkaitan dengan keperluan sesuatu ciptaan
v. olahan-olahan idea kreatif kepada penghasilan idea akhir sebelum artifak dihasilkan
vi. maklumat berkaitan proses dan teknik penghasilan serta bahan dan media yang digunakan

LAKARAN PELAN TAPAK

Semua contoh-contoh lakaran dan lukisan yang dipaparkan dalam blog ini hanyalah bertujuan sebagai rujukan dan pencetus idea bagi tugasan-tugasan yang anda pilih. Anda harus mampu menghasilkan lakaran yang lebih kreatif untuk memperolehi skor yang lebih tinggi. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.

2008-04-06

ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

ELEMEN
Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual Pendidikan Seni Visual (2611/3) mengandungi 2 elemen iaitu folio kajian dan artifak. Hasil kerja akhir dalam kerja kursus KRSV ini meliputi portfolio dan penghasilan artifak. Penilaian terhadap kerja kursus ini adalah berdasarkan kepada proses penghasilan sesuatu artifak dalam satu folio kajian. Lakaran-lakaran dan perkembangan idea yang diolah untuk mewujudkan satu produk seperti dalam tugasan calon. Portfolio kajian dan artifak tidak boleh dinilai secara berasingan. Artifak sebagai produk akhir hendaklah disokong penuh dengan folio kajian yang dihasilkan oleh calon.

Portfolio kajian calon hendaklah mengandungi:
i. maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang dipilih sebagai panduan dan sumber idea
ii. lakaran-lakaran dari sumber idea ke arah penghasilan produk
iii. catatan dan penerangan ringkas berhubung kajian dan lakaran yang dihasilkan
iv. kajian-kajian yang berkaitan dengan keperluan sesuatu ciptaan
v. olahan-olahan idea kreatif kepada penghasilan idea akhir sebelum artifak dihasilkan
vi. maklumat berkaitan proses dan teknik penghasilan serta bahan dan media yang digunakan

Penghasilan artifak pula hendaklah dilaksanakan berdasarkan:
i. tajuk dalam tugasan
ii. spesifikasi yang ditetapkan dalam setiap tugasan
iii. kajian dan cadangan hasil kerja seperti dalam folio kajian
iv. proses dan teknik seperti yang dinyatakan dalam folio kajian
v. bahan dan media yang ditetapkan dalam folio kajian
vi. kemasan dan persembahan
vii.penghasilan secara manual

ASPEK
1 Pengetahuan dan Kefahaman
2 Imaginatif
3 Idea
4 Alat dan Bahan
5 Proses dan Teknik
6 Produk
7 Nilai
;

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails