2008-03-03

CADANGAN & KEWAJARAN PENGHASILAN KRSV 2611/3 MENGIKUT TAJUK

TUGASAN 1
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : REKA BENTUK HIASAN DALAMAN
PRODUK : Rekaan Ruang Dapur

SITUASI
Sebuah ruang dapur rumah teres kos sederhana akan diubah reka bentuk hiasan dalamannya menjadi ruang dapur kontemporari moden.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk hiasan dalaman sebuah ruang dapur supaya susun atur perabot, hiasan dapur dan warna kelihatan berciri kontemporari moden.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
• Koleksi gambar ruang dapur sebagai sumber ilham
• Lakaran pelan lokasi kedudukan ruang dapur rumah teres sederhana
• Lakaran dan olahan pelan lantai ruang dapur
• Koleksi gambar perabot dan hiasan dapur dengan konsep kontemporari
• Lakaran dan olahan perabot serta hiasan
• Lakaran susun atur perabot dan hiasan pada pelan lantai
• Lukisan dari tiga sudut pandangan mengikut skala
• Lukisan perspektif model dari sudut yang menarik
• Kajian warna pada lukisan sebenar (sekiranya perlu)
• Lukisan persembahan pada situasi sebenar
• Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan
• Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan

CADANGAN & KEWAJARAN

• Istilah Kontemporari merujuk kepada ‘semasa’.
• Koleksi gambar hendaklah disertakan dengan sedikit catatan.
• Pelajar diminta menulis tajuk pada setiap kertas lukisan.
•Pelajar boleh menggunakan bantuan komputer untuk lukisan
pelan lantai, pelan sudut pandangan dan kemudian dilukis semula
secara manual.
• Kajian warna boleh dibuat 2 unit dalam 1 kertas lukisan.
• Lukisan alat & bahan boleh dilukis secara teknikal, grafik atau realistik.
• Pelajar boleh menggunakan alat bantuan fotografi untuk merakam
proses kerja dan kemudian dilukis semula.
• Pelajar boleh menghasilkan saiz karya yang lebih besar.

TUGASAN 2
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN
PRODUK : Cetakan Kayu / Lino

SITUASI
Seorang tokoh korporat ingin memiliki karya cetakan kayu / lino
sebagai koleksi yang akan dipamerkan dalam galeri peribadinya.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan karya cetakan kayu / lino yang bertemakan pertarungan. Karya anda hendaklah mengutamakan unsur jalinan dan prinsip pergerakan.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
• Koleksi gambar karya cetakan kayu / lino
• Koleksi gambar bertemakan pertarungan
• Lukisan realistik imej pertarungan yang anda pilih sebagai sumber
ilham
• Lakaran perkembangan idea berdasarkan imej pertarungan yang
dipilih
• Lukisan cadangan mengikut saiz sebenar
• Kajian warna lukisan yang akan dijadikan karya cetakan
• Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dan situasi yang
sebenar.
• Lukisan alat dan bahan serta catatan
• Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan
• Lampiran edisi cetakan mengikut urutan

CADANGAN & KEWAJARAN

• ‘Pertarungan’ merujuk kepada aksi-aksi dalam tema yang dipilih.
• Lukisan realistik imej pertarungan (minima 3 lukisan).
• Lukisan persembahan sebenar- karya dalam suasana galeri.
• Boleh cari suatu sudut dan ambil gambar serta dilukis semula secara
manual.
• Lakaran proses mesti mengikut disiplin cetakan.
• Lampiran edisi cetakan ikut urutan dan saiz sebenar.
• Lampiran cetakan berwarna dan hitam putih minima 2 edisi.

TUGASAN 3
BIDANG : KRAF
TAJUK : BATIK
PRODUK : Hiasan Dinding

SITUASI
Sebuah pusat peranginan memerlukan karya batik lukis untuk dijadikan hiasan dinding di bilik-bilik penginapan dan ruang tamu.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu batik lukis untuk dijadikan hiasan dinding. Batik tersebut hendaklah menggunakan tema panorama alam semula jadi.

Motif
Tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran
tempatan hendaklah digambarkan secara dekat.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
• Koleksi gambar motif batik
• Koleksi gambar panorama alam semula jadi sebagai sumber ilham
• Lukisan realistik panorama alam semula jadi yang dipilih
• Kajian dan olahan sumber ilham untuk menghasilkan gubahan reka
corak batik
• Kajian reka letak dan gubahan reka corak batik
• Kajian warna pada reka corak akhir
• Lukisan persembahan dalam situasi sebenar
• Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan
• Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan

CADANGAN & KEWAJARAN

Istilah ‘panorama’merujuk kepada - pemandangan alam semulajadi, bungaan, sayuran dan gabungan di antaranya.
• Kajian dan olahan gubahan batik, bukannya rekaan corak batik.
• Kajian reka letak dan rekacorak minima 4 unit.
• Lakaran proses penghasilan boleh menggunakan bantuan fotografi dan
dilukis semula.
• Karya boleh dihasilkan secara panel (lebih dari 1) tetapi saiz hendaklah
mengikut saiz spesifikasi.
• Bingkai boleh menggunakan bingkai moden atau konvensional. Bingkai
‘skroll’ tidak dibenarkan.
• Pelajar boleh menggunakan bingkai pada pemidang kayu batik dan
dikemaskinikan dengan ‘mounting board’
• Jika tiada bingkai, markah produk akan terjejas.

• TUGASAN 4
• BIDANG : KRAF
• TAJUK : UKIRAN KAYU DIMENSI BARU
• PRODUK : Reka Bentuk Muka Taip Dekoratif

SITUASI
Sebuah pusat peranginan memerlukan satu reka bentuk muka taip yang digubah dan diukir secara kreatif untuk diletakkan di setiap pintu bilik resort tersebut.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ukiran muka taip dekoratif menggunakan teknik bunga timbul yang bermotifkan flora. Hasil kerja ukiran muka taip dekoratif anda hendaklah menggabungkan abjad dan angka.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
• Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran bunga timbul sebagai sumber
ilham
• Koleksi pelbagai jenis muka taip sebagai sumber motif
• Lakaran olahan satu jenis muka taip yang menjadi pilihan
• Koleksi gambar pelbagai jenis flora sebagai sumber motif
• Lukisan realistik flora yang dipilih sebagai motif untuk diolah pada
muka taip
• Lakaran olahan motif flora untuk dijadikan dekoratif dalam muka taip
yang dipilih
• Lakaran kajian jenis-jenis silat dalam ukiran
• Lakaran jenis silat yang dipilih dan digunakan dalam hasil kerja
• Lukisan sebenar ukiran dimensi baru muka taip dekoratif
• Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dan situasi sebenar
• Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan
• Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan

CADANGAN & KEWAJARAN

• Koleksi gambar - Gambar ukiran bunga timbul
• Pilih satu jenis muka taip bagi abjad dan nombor.
• Koleksi gambar flora - minima 4
• Lukisan realistik - satu sahaja.
• Lakaran jenis silat hendaklah meliputi kesemua jenis silat dalam
ukiran.
• Semua huruf dekoratif digabungkan dalam satu frame
• Pelajar boleh membuat huruf dan nombor secara berasingan dan
ditampal pada satu panel.
• Hasil kerja yang dikesan ditempah akan menjejaskan markah produk.

TUGASAN 5
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : PAPAN TANDA
PRODUK : Papan Tanda Kedai

SITUASI
Sebuah kedai menjual alat telekomunikasi memerlukan papan tanda untuk diletakkan di hadapan kedai.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk papan tanda kedai menjual peralatan telekomunikasi. Ilustrasi hendaklah menggambarkan perkembangan teknologi terkini.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
• Koleksi gambar pelbagai papan tanda
• Lakaran reka bentuk papan tanda
• Koleksi pelbagai reka bentuk alat telekomunikasi
• Lakaran alat telekomunikasi yang dipilih
• Lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi yang dipilih
• Lakaran kajian muka taip untuk kapsyen
• Lakaran kajian reka letak, ilustrasi, kapsyen dan logo
(Logo boleh diambil daripada mana-mana logo sedia ada)
• Kajian warna pada reka letak yang dipilih
• Lukisan sebenar hasil kerja
• Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dalam situasi sebenar
• Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan
• Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan

CADANGAN & KEWAJARAN
• Koleksi mesti disertakan dengan catatan ringkas.
• Lakaran papan tanda - bebas dan pelbagai bentuk.
• Alat telekomunikasi seperti telefon, telefon bimbit, walkietalkie, radio,
satelite dll
• Lakaran alat komunikasi - yang terkini dan moden
• Logo diambil dari logo sedia ada supaya tidak perlu kajian dan olahan
logo.
• Kajian warna minimum 4 kajian.
• Teknik bebas tapi tidak boleh menggunakan kolaj ( teknik tampalan
seperti sticker )
• Bingkai sekadar ‘borderline’ tepi sudah memadai.
• Ukuran tidak boleh kurang dari 10 cm dari saiz asal.

• TUGASAN 6
• BIDANG : KRAF
• TAJUK : ANYAMAN DIMENSI BARU
• PRODUK : Hiasan Dinding

SITUASI
Butik Kecantikan Wongdee memerlukan sebuah hiasan dinding di
kaunter perundingan pelanggan.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu rekaan
hiasan dinding hari produk anyaman. Motif bunga-bungaan Malaysia
boleh diolah secara kreatif dan digambarkan di atas produk anyaman
tersebut.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
• Koleksi gambar pelbagai hiasan dinding sebagai sumber ilham
• Lakaran reka bentuk hiasan dinding
• Koleksi gambar pelbagai jenis anyaman sebagai sumber ilham
• Koleksi gambar pelbagai bunga di Malaysia sebagai sumber motif
• Lukisan realistik motif yang dipilih
• Lakaran olahan motif yang dipilih untuk dijadikan reka corak
• Kajian reka letak corak dengan format hiasan dinding yang akan
dihasilkan
• Kajian warna pada reka letak yang dipilih
• Lukisan sebenar reka bentuk hiasan dinding yang dipilih
• Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang
sebenar
• Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan
• Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan

CADANGAN & KEWAJARAN

• Koleksi gambar sekurang-kurangnya 3 jenis anyaman
• Bahan - tidak terhad
• Teknik pembuatan - latar belakang guna produk yang sedia ada seperti
tikar, rotan dll.
• Motif boleh ditampal, jahit atau disulam di atas latar belakang.
• Motif berbentuk timbul ( seperti meletakkan span ) boleh diterima.
• Hasil kerja yang tidak dibingkaikan akan menjejaskan markah
kekemasan produk.

TUGASAN 7
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : LANSKAP DAN PERSEKITARAN
PRODUK : Reka Bentuk Lanskap Tepian Sungai

SITUASI
Persatuan pencinta alam bercadang membina reka bentuk lanskap di suatu lokasi taman rekreasi di tepi sungai.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model lanskap di tepi sungai yang berkonsepkan “Sungai Indah Masyarakat Ceria”.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
Koleksi gambar lanskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber
ilham.
• Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang
sesuai untuk kelengkapan lanskap
• Beberapa lakaran pelan tapak
• Lakaran tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai untuk lanskap
• Lakaran pelan tapak yang sebenar mengikut skala
• Lukisan dari tiga sudut pandangan
• Lukisan perspektif model lanskap dari sudut yang yang menarik
• Lukisan persembahan pada situasi sebenar
• Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan
• Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan

CADANGAN & KEWAJARAN

• Calon digalakkan mengguna peralatan teknikal
• Lakaran pelan tapak sekurang-kurangnya 3.
• Lukisan dari 3 sudut - atas, depan dan tepi kiri atau kanan.
• Lukisan sebenar ialah lukisan model sebenar yang telah siap.
• Saiz produk tidak boleh kurang dari spesifikasi sebenar.
• Model dan perhiasan perabot yang dibeli akan menjejaskan markah
produk.
• Guru/pelajar digalakkan untuk mengambil gambar produk untuk
simpanan kerana produk mudah rosak.

TUGASAN 8
BIDANG : KRAF

TAJUK : TEMBIKAR
PRODUK : Bekas Serba guna
SITUASI
Perkembangan reka bentuk barangan pengguna kian menampakkan kesungguhan pereka untuk memenuhi cita rasa pengguna. Syarikat pengeluar barangan pengguna berasaskan tembikar berhasrat mengeluarkan produk bekas serba guna untuk kegunaan pejabat
atau persendirian.

TUGASAN
Hasilkan satu reka bentuk bekas serba guna yang boleh berfungsi untuk keperluan di pejabat atau persendirian. Bekas tersebut boleh diletakkan di atas meja pejabat atau di atas meja belajar untuk memuatkan alat tulis dan lain-lain.
Reka bentuk asas bekas tersebut boleh dihasilkan menggunakan teknik kepingan atau teknik picit atau menggabungkan kedua-dua teknik tersebut.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
• Koleksi gambar kraf tembikar yang menggunakan teknik kepingan atau
teknik picit
• Koleksi gambar bekas serba guna yang mempunyai fungsi yang sama
dengan tugasan
• Lakaran kajian reka bentuk bekas serba guna
• Lakaran kajian reka corak sebagai idea untuk ragam hias badan bekas
serba guna
• Lakaran kajian dan olahan idea ragam hias bersesuaian dengan reka
bentuk
• Kajian warna pada reka bentuk dan ragam hias pilihan
• Lukisan perspektif reka bentuk sebenar
• Lukisan persembahan bekas serba guna dalam situasi sebenar
• Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan
• Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan

CADANGAN & KEWAJARAN
Teknik penghasilan boleh menggunakan kepingan atau picit atau
kedua-duanya.
• Hiasan teknik picit.
• Hasil karya boleh disepuh ( dibakar secara ‘biscuit firing’ ) dan
kemudiannya diwarnakan dan dimatikan warnanya (contoh
disemburkan dengan ‘clear spray’ )

TUGASAN 9
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : Arca Awam

SITUASI
Sempena ulang tahun bandar baru siber, Perbadanan Kemajuan Wilayah Siber bercadang membina satu mercu tanda di pintu masuk sebagai lambang kemajuan dan pembangunan bandar tersebut.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk model arca awam menggunakan rupa asas geometri. Rekaan bentuk model arca tersebut bertemakan pembangunan dan pemodenan. Penekanan hendaklah diberikan terhadap ruang dan pergerakan.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
• Koleksi gambar pelbagai jenis arca awam sebagai sumber ilham
• Koleksi gambar pelbagai mercu tanda sebagai sumber ilham
• Lukisan pelan lokasi cadangan pembinaan arca awam
• Lakaran kajian bentuk asas geometri sebagai sumber motif
• Lakaran olahan motif dan perkembangan idea untuk penghasilan arca
• Lukisan rekaan arca yang dipilih
• Lukisan pelbagai sudut pandangan (pandangan hadapan dan sisi)
mengikut skala
• Lukisan perspektif hasil arca sebenar
• Kajian warna pada reka bentuk arca yang akan dibina (jika cadangan
reka bentuk arca awam berwarna)
• Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang
sebenar
• Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan
• Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan

CADANGAN & KEWAJARAN

• Fahami istilah arca awam, mercu tanda dan bentuk asas geometrik.
• Pelajar boleh menggunakan bahan seperti CD, duit syiling, ‘nut and
skrew’ dan sebagainya, tetapi hendaklah diolah dan diubahsuai.
;

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails